Header Ads

test






 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad turun merasmikan Mesyuarat Agung Ke-19, Majlis Kebajikan Negeri Kedah Tahun 2024 bertempat di Dewan Sri Mentaloon.

Majlis Kebajikan bakal  menganjurkan satu karnival kebajikan yang menggalakkan ahli masyarakat terlibat dalam aktiviti kesukarelawan.

Turut diadakan juga majlis penyampaian anugerah dan cenderahati kepada Jawatankuasa Majlis Kebajikan Negeri Kedah bagi sesi 2022 -2024.

Pertubuhan Sukarela Kebajikan Rumah Amal Kulim dan Pertubuhan Didikan Anak - Anak Yatim Islam Daerah Sik menerima sijil pengiktirafan di dalam majlis tersebut. 

Pengiktirafan itu diberikan setelah memenuhi kriteria pentadbiran dan pengurusan Pertubuhan Kebajikan bagi tahun 2023.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan