Header Ads

test






 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah menghadari Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Perkarangan Angsana  Johor Bahru Mall yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang; Menteri Besar Johor, YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, barisan EXCO Kerajaan Johor, barisan EXCO Perpaduan negeri-negeri dan Ketua-ketua Pengarah Perpaduan seluruh negara.

Minggu Perpaduan adalah salah satu program utama yang dirancang dibawah kluster Semarak Perpaduan dengan matlamat untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebarluaskan pengahtahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat, budaya, agama dan etnik yang wujud di Malaysia. 

Pihak Kementetian Perpaduan sentiasa menekan konsep "Perpaduan Dalam Kepelbagaian" kerana menyedari bahawa usaha penyatupaduan semua lapisan masyarakat perlu sentiasa menekan nilai kebersamaan berlandaskan semangat hormat menghormati dan bertolenransi antara satu sama lain.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan