Header Ads

test







 Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani hadir merasmikan Program Gotong Royong dan Libat Urus di Taman Wira, Mergong.

Program ini dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Bersama Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 7 (Shahab Perdana), Puan Noor Azra Md Saleh dengan kerjasama E-Idaman, peniaga Medan Selera Taman Wira dan Penjaja.

Gotong royong tersebut tertumpu kepada pembersihan saluran parit yang tersumbat akibat pembuangan sampah yang menjadi punca banjir kilat di sepanjang jalan Utama Taman Wira, Mergong.

Pihak MBAS sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk dijaga dan menyeru agar penduduk Alor Setar untuk bersama menjaga kebersihan bandar ini dan menghindari bandar ini dari pencemaran sampah sarap serta bahan buangan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan