Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Hari ini, Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dalam pertemuan itu, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor membentangkan 'wishlist' Kerajaan Negeri Kedah. Alhamdulillah, mesyuarat tersebut berjalan dengan baik dan mendapat respons yang positif daripada Kerajaan Persekutuan. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, YB Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Dato Seri Mohamad Sabu; Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato Syed Khairol Anuar Syed Abidin, serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #thegreaterkedah -UPDA 5/4/2024, 8:45:11 PM
Post a Comment