Header Ads

test

KEDAH SAMPAIKAN ‘WISHLIST’ KEPADA PERDANA MENTERI ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyuarakan senarai hajat (wishlist) kepada Per...


KEDAH SAMPAIKAN 'WISHLIST' KEPADA PERDANA MENTERI ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyuarakan senarai hajat (wishlist) kepada Perdana Menteri secara terus dalam Mesyuarat Khas Pembangunan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata senarai hajat itu perlu diberi keutamaan untuk dilaksanakan di Kedah. "Saya ada bentangkan lapan projek yang kita senaraikan dan ada berbelas lagi yang tidak disebut namun dimasukkan dalam senarai yang kita berikan kepada Perdana Menteri. "Lepas pada ini, peringkat Unit Penyelarasan Pelaksana (ICU) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) akan duduk selaraskan perkara tersebut," katanya kepada media selepas mengadakan mesyuarat khas pembangunan negeri bersama Perdana Menteri di Wisma Darul Aman. Sanusi memaklumkan bahawa beberapa permohonan telah dipersetujui termasuklah menyediakan kos untuk pembinaan infrastruktur seperti sistem perparitan dan jalan raya "Kerajaan negeri bina rumah kepada penduduk miskin atas tanah tersebut, Perdana Menteri bantu bangunkan infrastruktur di situ. Kita mohon bantuan Persekutuan berkaitan menyediakan infrastruktur dan PM setuju," jelasnya. Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas lawatan kerjanya ke Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #thegreaterkedah -UPDA 5/5/2024, 10:00:26 AM 

Tiada ulasan