Header Ads

test






 Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah membuat serahan atap rumah bagi Program Membaik Pulih Rumah Komuniti DUN Kuah ke rumah Zulhidzran Che Saad di Kampung Bakau, Kelibang, pada Ahad.

Serahan ini dibuat oleh Nasri Rosidi, Pegawai Khas Pusat Khidmat mewakili ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamud.

Sebelum ini, pemohon telah hadir ke Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah untuk memohon bantuan bagi menggantikan atap lama yang telah rosak.

Setelah meneliti dan membuat semakan bersama agensi-agensi berkenaan, pemohon layak menerima bantuan tersebut.

Sebanyak 20 keping atap dan 16 batang kayu telah diserahkan.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi keselesaan kepada mereka.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan