Seramai 80 pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) DUN Ayer Hitam hadir ke Program Pemantapan Gerak Kerja MKK, pada Ahad.
Program yang berlangsung di Pejabat Daerah Kecil Jerlun ini dirasmikan oleh ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim.
“Saya menekankan agar semua MKK berperanan dengan sebaiknya untuk memastikan bantuan yang disediakan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) sampai kepada penduduk yang memerlukan,” ujarnya.
Taklimat tersebut juga memperincikan tentang jenis-jenis bantuan yang layak dimohon di PKWR.
YB Azhar mengharapkan semua yang dilantik menjalankan tugas dengan sebaiknya.
Hadir sama, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Mohamad Mahazi Haji Ibrahim; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Mohd Zaidy Omar dan Pengarah PKWR DUN Ayer Hitam, Haji Ghazali Isa.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment