ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli melakukan beberapa tinjauan berkaitan masalah setempat, pada Sabtu.
Antaranya ialah runtuhan tebing Sungai Keladi dan pokok terbalik ke dalam sungai yang menghalang laluan air serta boleh menyebabkan banjir.
Seterusnya, aduan dua rumah penduduk daif yang memerlukan pembaikan.
Katanya, pihaknya akan meluluskan peruntukan pembaikan rumah tersebut dalam waktu terdekat.
Semoga aduan-aduan ini dapat diselesaikan dengan segera bagi memberi keselesaan kepada penduduk.
Hadir sama, wakil MKK Kampung Keladi, Azri Abas.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment