Header Ads

test


 Kedah mencatatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 terbaik dalam tempoh 13 tahun (sejak tahun 2010).

Gred Purata Keseluruhan Negeri  4.77 mata pada tahun 2023 terbaik berbanding 5.14 mata pada 2021 dan 4.98 pada 2022. 

Berdasarkan gred purata negeri, keputusan SPM bagi calon bandar meningkat sebanyak 0.20 mata iaitu 4.77 mata pada tahun 2023 berbanding 4.97 mata pada tahun 2022. 

Pencapaian calon luar bandar juga meningkat sebanyak 0.30 mata iaitu 4.77 mata pada tahun 2023 berbanding 5.12 mata pada tahun 2022. 

Peningkatan keputusan calon bandar dan luar bandar ini berjaya mengecilkan jurang pencapaian sebanyak 0.1 mata.

Daripada 24,528 calon SPM Kedah 2023, seramai 568 calon iaitu 2.3% memperoleh keputusan cemerlang Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 441 calon pada tahun 2022. 

Peningkatan calon yang memperoleh keputusan cemerlang bagi negeri Kedah meningkat seramai 157 calon pada tahun 2023 berbanding 2022.

Tahniah calon SPM 2023 atas kejayaan yang sangat membanggakan ini!

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan