Header Ads

test







 Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat hadir merasmikan Majlis Perasmian Penutup Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan kali ke - 9 bagi tahun 2024 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan LADA, Pulau Langkawi.


Tahniah dan Syabas kepada 10 kontinjen yang mengambil bahagian bagi merebut ganjaran juara bagi 9 acara sukan yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada kontinjen daripada Darul Quran (DQ) yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Ihtifal Hufaz ke-9.


Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak penganjur, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) dan Yayasan Islam Negeri Kedah yang telah menjayakan kejohanan yang bermula pada 16 Mei 2024 dan berakhir pada 21 Mei 2024 semalam.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan