Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah mempengerusikan Sesi Perbincangan bersama Pejabat MIDA Kedah/ Perlis dan Bahagian Teknologi Hijau MIDA di Wisma Darul Aman, Khamis lalu. MIDA dalam usaha membina jaringan bersama syarikat-syarikat berpotensi di Kedah bagi membincangkan rancangan pelaburan syarikat dan memudahcarakan projek-projek agar dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Selain itu, MIDA juga sedang menyelaras usaha-usaha penggalakan dan fasilitasi pelaburan terutamanya pelaburan teknologi hijau di Malaysia bagi mencapai matlamat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara neutral karbon seawal tahun 2050. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 5/19/2024, 10:25:51 AM 

Tiada ulasan