Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin turun padang bagi melihat sendiri aduan masyarakat berkaitan masalah tapak pelupusan sampah yang tidak terkawal di Lorong 8 dan 9, Kampung Ulu, Kuala Kedah yang dikatakan telah berlarutan sejak lama dahulu. Turut bersama dalam sesi turun padang itu ialah wakil daripada Majlis Bandaraya Alor Setar, Penghulu, Swcorp, E-Idaman dan Ahli Majlis MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar). Langkah segera akan diambil untuk menyediakan tempat pembuangan sampah yang bersesuaian, bukan sahaja bagi kemudahan penduduk tetapi juga untuk memudahkan pihak E-Idaman mengurus kendalikannya. Tindakan itu juga adalah sebahagian daripada inisiatif beliau sebagai ADUN Kubang Rotan dalam usaha memastikan Kubang Rotan menjadi antara DUN yang bukan sahaja terbersih, tetapi juga mempunyai warga yang tinggi tahap kesedarannya terhadap kebersihan dan kelestarian persekitaran. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/16/2024, 5:11:10 PM 

Tiada ulasan