Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Sistem perparitan baharu dijangka selesaikan masalah banjir kilat Kampung Sadek. Sejak tanaman padi tidak lagi diusahakan penduduk Kampung Sadek pada penghujung 1980 an, saliran parit yang membekalkan air kepada tanaman turut ditinggalkan. Lama kelamaan ia menyebabkan sistem perparitan tidak diselenggara dan akhirnya terkambus. Masalah itu membawa kepada banjir kilat yang membawa sekali najis haiwan ternakan ke kawasan penduduk, masjid dan sekolah sejak lima tahun kebelakangan ini. Dalam tempoh itu juga, ADUN Kupang, YB Brigedier Dato' Haji Najmi Haji Ahmad bersama semua agensi kerajaan berwajib seperti JPS, pejabat daerah, JKR turun padang untuk menyelesaikan masalah yang menghantui orang kampung. Alhamdulillah, untuk menyelesaikan isu berlaku, kerajaan negeri Kedah telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi membina sistem perparitan baharu sepanjang 330 meter. Parit lama yang telah terkambus telah dikorek semula dan dinaik taraf kepada sistem perparitan lebih sistematik. Hasil pemantauan beliau bersama Pegawai Khas DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar pada (20 Mei 2024) mendapati kerja-kerja mengorek dan pemasangan pembentung masih dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2 minggu lagi. Semoga masalah banjir berlaku dapat di atasi. Insha Allah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/21/2024, 9:47:10 AM 

Tiada ulasan