Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


YAB MENTERI BESAR KEDAH DISAMBUT OLEH TYT DUTA BESAR MALAYSIA KE IRELAND Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Wan Aznainizam, Duta Besar Malaysia ke Ireland di Pejabat Kedutaan Malaysia Dublin. Sepanjang sesi pertemuan tersebut, pelbagai perkara melibatkan kerjasama dua hala antara negeri Kedah dan Ireland dibincangkan. Pihak kedutaan juga bersedia untuk menjadi penghubung antara negeri Kedah dan Ireland khususnya dalam bidang pendidikan, sumber manusia dan pelaburan. Pertemuan itu turut disertai oleh Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia ke Ireland, Intan Nadia dan Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia ke Ireland, Zahiruddin. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Ketua Setiausaha Sulit YAB MB dan Penolong Pengarah BPEN. -UPDA 5/21/2024, 7:35:22 AM 

Tiada ulasan