Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KELAS BAHASA INGGERIS PERCUMA DILANCARKAN BUAT RAKYAT JITRA Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah melancarkan Kelas Bahasa Inggeris Percuma kepada anak-anak B40 DUN Jitra di Masjid Al-Muhsinin Telok Malek, Jitra. Menurutnya penyertaan kelas itu mencecah 75 orang dan akan berjalan pada setiap hari Jumaat minggu kedua dan ketiga bagi setiap bulan. Katanya lagi, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Jitra sedang menjalankan satu program yang dinamakan Jitra Didik. Di bawah program ini, pelbagai aktiviti dan program pendidikan yang dapat memberikan kesan baik serta bermanfaat kepada masyarakat akan dijalankan. Jelasnya, melihat kepada keperluan menguasai bahasa inggeris untuk mendapat tempat di universiti terbaik, PKWR Jitra mengambil inisiatif untuk membuka kelas bahasa inggeris percuma kepada anak-anak kampung yang memerlukan. "Kita selalu dengar bahawa ilmu merupakan pelita hidup. Kita mampu pilih seterang mana pelita yang kita mahukan. Jika ilmu kita banyak, pasti manfaat cahaya pelita kita akan sampai ke seluruh kampung, bandar, negeri mahupun negara," ujar beliau yang merupakan ADUN Jitra. Beliau mengucapkan ucapan terima kasih kepada Pengurus Besar TNB Kedah/Perlis, Wan Ishak atas kesudian menjadi rakan strategik bagi Kelas Bahasa Inggeris Percuma yang pertama di Jitra. "Terima kasih juga kepada NGO Raqilla Insani atas khidmat yang akan diberikan kepada anak-anak Jitra di sini. Sesungguhnya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik Dr dan rakan- rakan. "Tidak dilupakan kepada MKK Kampung Telok Malek, Kampung Budi dan Kampung Paya Menyabong serta pihak Masjid Telok Malek kerana menyediakan tempat dan memastikan program ini dapat diadakan dengan jayanya," katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/12/2024, 3:01:01 PM 

Tiada ulasan