Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Usai Mesyuarat Pembangunan Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah sempat menyatakan potensi Kulim Hi-Tech Park khususnya dan Kedah amnya yang amat besar dalam membantu memacu ekonomi negara khususnya dalam sektor Electrical & Electronic (E&E). YAB Perdana Menteri bersetuju dengan potensi yang ada pada Kulim Hi-Tech Park dan mengakui KTPC dan Kedah perlu terus diperkasa untuk menjadi pemacu sektor semiconductor serantau dan dunia di samping sektor-sektor lain. YB Dr. Haim turut mencadangkan agar Centre of Excellence ditubuhkan di universiti-universiti awam dan negeri terpilih dengan melibatkan secara langsung syarikat-syarikat multinational corporations (MNCs) yang berada di Malaysia. Beliau juga memberi idea agar pelajar universiti ambil kursus khas jangka pendek berteraskan keperluan industri khususnya bersifat teknikal bagi menampung perkembangan industri semasa. Selain itu, beliau turut mengutarakan kepada YAB PM untuk mempertimbangkan agar diadakan kerjasama strategik antara kerajaan negeri menerusi UniSHAMS dan agensi Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan penawaran program jangka pendek khususnya dalam bidang Electrical & Electronic (E&E) dan sektor lain bagi menyokong keperluan industri di Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Perlis. Kerajaan Negeri Kedah pastinya akan bergerak bersama Kerajaan Pusat dalam usaha bersama untuk membela nasib rakyat dan memperkasa kedaulatan negeri kita Kedah dan negara kita Malaysia. Road to The Greater Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/6/2024, 10:28:07 AM 

Tiada ulasan