Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH JADIKAN PERKAMPUNGAN DARUL BARAKAH MODEL PUSAT PEMULIHAN DADAH Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah mengadakan lawatan kerja di Perkampungan Darul Barakah, Marang, Terengganu, hari ini. Menurutnya, Perkampungan Darul Barakah itu merupakan Pusat Pemulihan dadah yang telah diwartakan penubuhanya oleh kerajaan Negeri Terengganu dan pusat pemulihan ini dikendalikan oleh Yayasan Islam Terengganu. Tambah beliau, Pusat Pemulihan itu mula beroperasi pada bulan jun 2021, mengunakan konsep secara holistik iaitu kemasukan dan menghuni secara sukarela serta tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Segala kos sepanjang satu tahun berada di pusat pemulihan ini ditanggung oleh Kerajaan Negeri. "Antara manifesto Kerajaan Negeri Terengganu pada Pilihanraya Ke-14 lalu ialah untuk membantu penagih-penagih dadah ini kembali ke pangkal jalan sekali gus mengurangkan masalah pengambilan dadah dikalangan masyarakat di Negeri Terengganu," jelasnya di laman facebook. Peserta disediakan dengan pelbagai aktiviti secara rohani dan jasmani disamping dibantu untuk menjana pendapatan melalui aktiviti penternakan dan pertanian. Beliau akan mencadangkan agar pusat pemulihan seperti ini diwujudkan di Negeri Kedah supaya masalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat dapat dipulihkan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/19/2024, 10:30:11 PM 

Tiada ulasan