Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Stesen Minyak Five, Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda telah memasang perkhidmatan Mesin Juruwang Automatik (ATM) serta Mesin Pendeposit Wang (CDM) di premis itu. ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Sharir Long berkata usaha murni itu dapat memberi kemudahan kepada penduduk berdekatan untuk membuat urusan. Kini penduduk sekitar Kota Kuala Muda tidak perlu untuk ke Pekan Tikam Batu atau Bandar Sungai Petani bagi urusan pengeluaran dan pendepositan wang ke akaun bank. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik stesen minyak, Azzurin atas usaha memberi kemudahan kepada penduduk. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/5/2024, 10:54:55 AM 

Tiada ulasan