Header Ads

test

PUSAT TEKNOLOGI MEMPELAM SALA KANAN DIJENAMAKAN SEMULA KEPADA PUSAT MEMPELAM KEDAH (PMK) YAN - Pusat Teknologi Mempelam Sala Ka...


PUSAT TEKNOLOGI MEMPELAM SALA KANAN DIJENAMAKAN SEMULA KEPADA PUSAT MEMPELAM KEDAH (PMK) YAN - Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan kini dijenamakan semula sebagai Pusat Mempelam Kedah (PMK) untuk dilihat lebih mesra masyarakat. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, nama pusat itu diubah setelah melihat potensi yang ada untuk menjadikannya sebagai pusat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Katanya, pusat yang berkeluasan 4.8 hektar itu mempunyai 503 bilangan pokok dan didalamnya terdapat 111 varieti mempelam yang dikumpul dari serata negara. "Pusat ini juga adalah satu-satunya ladang mempelam di Malaysia malahan mungkin di dunia yang mempunyai begitu banyak koleksi varieti mempelam seumpama ini. "Dengan tanah luas yang kita ada, dan potensi untuk meluaskan lagi penanaman harumanis, saya yakin Harumanis D'Aman akan mendominasi pasaran dalam beberapa tahun akan datang," ujarnya ketika merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan Kedah bertempat di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan, di sini, hari ini. Jelas beliau lagi, pusat itu telah diiktiraf salah satu destinasi agropelancongan di Kedah sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Tambahnya dengan adanya pusat itu dalam kalendar pelancongan Kedah, kerajaan yakin ia akan dapat menarik minat penggemar mempelam dari dalam dan luar negeri juga para penyelidik untuk datang ke Kedah. "Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) akan terus menyokong dan membantu dalam meningkatkan fungsi dan peranan pusat ini," katanya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #thegreaterkedah -UPDA 5/5/2024, 2:46:21 PM 

Tiada ulasan