Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Beberapa hari lalu, Pegawai PKWR DUN Gurun hadir menziarahi Pakcik Jalil yang lebih 3 bulan tinggal di bawah jejantas. Siapa sangka di bawah jejantas ni ada orang duduk? Sebak melihat penampilan pakcik Jalil yang berpakaian lusuh dan tidak terurus ketika ditemui. "Pakcik Jalil nak dak kami bawak pi pusat jagaan?" tanya pegawai PKWR. "Boleh, saya nak pi," kata pakcik Jamil. Alhamdulillah, Jumaat baru ini pegawai PKWR DUN Gurun menghantar Pakcik Jalil ke Pusat Jariah Qaseh Malaysia di Guar Nenas, Gurun. Pagi ini, ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar sempat menziarahi Pakcik Jalil dan warga di situ. Ribuan terima kasih kepada Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia kerana mempermudahkan urusan Pakcik Jalil. Hadir sama, Pegawai Zakat Daerah Kuala Muda, Ustaz Hamidi Mohd Nor. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/20/2024, 3:31:04 PM 

Tiada ulasan