Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
[SESI PERTEMUAN BERSAMA PELAJAR MALAYSIA DI MALAYSIA HALL DUBLIN] 19 Mei 2024, DUBLIN Pertemuan bersama pelajar Malaysia dan Kedah telah diadakan di Malaysia Hall, Dublin. Pertemuan yang dianjurkan dengan kerjasama pihak Kedutaan Malaysia Ke Republic of Ireland serta Persatuan Pelajar Malaysia di Dublin (PPMI) bertujuan menyantuni pelajar-pelajar Malaysia pelabgai peringkat serta mendapat pandangan serta aspirasi mereka dalam masa hadapan Malaysia dan Kedah khususnya dalam konteks The Greater Kedah. Dalam sesi pertemuan tersebut YAB Menteri Besar, YB Dr Haim Hilman Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif PKNK menyampaikan harapan besar Malaysia dan Kedah ke atas mereka sebagai pelapis masa hadapan kepimpinan negara dan negeri. Ilmu dan pengalaman yang ditimba di bumi asing wajar dibawa pulang dan disemai bakti dibumi sendiri. Negara dan negeri tidak mampu mengharapkan orang lain melainkan rakyat sendiri dalam menerajui negara dan negeri dalam bidang yang diceburi masing. -UPDA 5/20/2024, 5:38:20 PM
Post a Comment