Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2024 anjuran pihak National Unions of Plantation Workers (NUPW) Cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. "PEKERJA KESUMA BANGSA" adalah tema Hari Pekerja Tahun 2024. Tema ini menekankan penawaran inisiatif oleh Kerajaan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama disamping berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru yang merupakan faktor yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara dan negeri. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kedah dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato`Seri Haji Muhamad Sanusi Md. Nor dilihat bekerja dengan cukup kuat dengan pelbagai agenda-agenda pembangunan dan dasar-dasar Kerajaan Negeri telah dilancarkan untuk merealisasikan "The Greater Kedah". Banyak pelaburan asing daripada pelbagai negara telah memilih negeri Kedah untuk melabur dan membuka kilang-kilang pembuatan mereka. Dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang besar kepada rakyat dan negeri kedah. Kerajaan Negeri Kedah juga telah merancang dan merangka pelan strategik berkaitan pengurusan sumber manusia dalam usaha untuk mengenal pasti penambahbaikan serta meningkatkan keberkesanansumber manusia dalam negeri Kedah. Antara usaha-usaha yang akan dilaksankan oleh Kerajaan Negeri Kedah adalah; a) Meningkatkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dengan Penganjuran Program Kerjaya Peringkat Negeri Kedah. Program ini akan diperluaskan lagi ke setiap daerah di negeri Kedah. Lebih ramai rakyat di negeri ini berpeluang untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian. b) Program Pembangunan dan Latihan Kerjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dengan menggalakkan penyertaan masyarakat terutama anak -anak muda terutamanya lepasan SPM di negeri Kedah untuk melahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. c) Kerajaan Negeri Kedah dan PERKESO akan mempertingkatkan kerjasama dalam menyediakan peluang pekerjaan dan penerangan tentang kepentingan mengambil skim perlindungan kepada semua pekerja di semua sektor di Negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/2/2024, 12:43:57 PM 

Tiada ulasan