Header Ads

test

PUSAT TEKNOLOGI MEMPELAM SALA KANAN: DESTINASI AGRO PELANCONGAN TMK 2025 KOTA SARANG SEMUT - Pusat Teknologi Mempelam Sala Kana...


PUSAT TEKNOLOGI MEMPELAM SALA KANAN: DESTINASI AGRO PELANCONGAN TMK 2025 KOTA SARANG SEMUT - Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan diangkat sebagai salah satu destinasi Agro Pelancongan serta Fiesta Mempelam Kedah dalam kalendar Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani, Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan yang mempunyai sebanyak 111 varieti mempelam dilihat berpotensi menjadi rujukan setempat atau 'one stop center' bagi mereka berminat dan berkecimpung dalam subsektor mempelam. "Saya juga turut merakamkan penghargaan kepada usahawan - usahawan yang mengusahakan tanaman mempelam serta produk berasaskan mempelam terutamanya mempelam Harumanis D'Aman di Negeri Kedah ini. "Saya amat yakin dengan peranan dan fungsi baharu yang diterapkan, pusat dan fiesta ini akan menjadi satu elemen tambahan dalam menarik minat pengunjung ke pusat ini dan ladang ladang mempelam lain di seluruh negeri Kedah ini," ujarnya dalam Fiesta Mempelam Kedah Tahun 2024 bertempat di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan, di sini hari ini. Katanya, mempelam Kedah itu mempunyai suatu daya tarikan yang tersendiri dan sama hebatnya berbanding yang lain tetapi 'branding' masih belum mencukupi. Jelas beliau lagi, lonjakan perlu diberikan dan semua pihak perlu bersama-sama berusaha membawa jenama mempelam D'Aman ke peringkat yang lebih tinggi. Program Fiesta mempelam Kedah 2024 tambahnya, merupakan katalis kepada revolusi subsektor mempelam di Kedah dan pusat berkenaan akan diberi nafas baharu dalam memastikan agenda revolusi berjaya. "Fiesta Mempelam Kedah 2024 ini akan berlansung selama 6 hari mulai semalam hingga 6 Mei 2024 di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan dan fiesta ini akan berterusan di seluruh negeri Kedah sehingga tamat musim mempelam pada tahun ini. "Sepanjang program FMK di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan ini, pelbagai aktiviti di atur oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Ambil peluang bagi kita sesama menghayati dan rasai keindahan sektor ini dan banyak ilmu atau pengetahuan yang dapat kita pelajari," ujar beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/2/2024, 3:30:02 PM 

Tiada ulasan