Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Petang ini, Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat menerima kunjungan daripada Penasihat Pusat Pemurnian Mashaf Al-Quran (PPMAQ), Cikgu Sukarno Abdul Hamid dan Ustaz Tengku Ahmad Nazim Syafie serta rombongan Maahad Tahfiz Ibnu Sina Taman Kenari Kulim. Pusat Pemurnian Mashaf Al-Quran (PPMAQ) ini berperanan memproses, memelihara dan menyelesaikan masalah Al-Quran dan kitab-kitab agama yang rosak akibat bencana alam seperti banjir, dimakan anai-anai, usang dan sebagainya bagi terpelihara kesuciannya. Perkataan "Pemurnian" digunakan bagi mengantikan perkataan pelupusan bertujuan mempamerkan ketinggian dan kemuliaan Al-Quran. Di Festival Al-Quran yang lalu PPMAQ telah berjaya menghimpunkan lebih tiga tan Al-Quran dan kitab-kitab agama yang perlu dimurnikan. Pelbagai lagi usaha PPMAQ telah berjalan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran masyarakat dalam tanggungjawab memelihara dan menjaga Al-Quran. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/20/2024, 4:42:27 PM 

Tiada ulasan