Header Ads

test

Rintihan Pemburu Udang Galah.


Semalam, ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak berkesempatan mendengar aduan dan kegusaran para nelayan darat daripada Kampung Alor Madi, Alor Ganu, Kampung Pasir dan kawasan sekitar. 





Aduan berkisar mengenai masalah yang akan timbul apabila siapnya tandop yang memisahkan sungai Alor Madi dan sungai Anak Bukit dengan Sungai Rancangan Tembatan Banjir (RTB) di Kampung Bohor.

Ini akan menyebabkan nelayan tidak lagi dapat mencari rezeki di Sungai RTB tersebut kerana tiada lagi laluan keluar masuk. 

Melihat permasalahan itu, beliau akan berhubung dengan jabatan berkaitan bagi mendapatkan maklumat dan menyampaikan suara hati nelayan darat setempat.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan