Header Ads

test

RM200 JUTA SETAHUN KEKALKAN TANAH SAWAH PADI


RM200 JUTA SETAHUN KEKALKAN TANAH SAWAH PADI ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah menuntut sebanyak RM200 juta setahun berikutan tidak membangunkan kawasan tanah yang luas bagi menyumbang kepada keterjaminan makanan kepada negara. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tanah yang sedia ada diluluskan dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dijangka dapat meningkatkan hasil cukai tanah sebanyak RM100 juta setahun selain penanaman padi. Permintaan Kedah menurutnya muhasabah memandangkan permohonan membangunkan tanah sawah bagi tujuan perumahan, industri dan komersial meningkat setiap tahun. "Kita minta RM200 juta setahun, kalau kita bangunkan tanah (sawah) sedia ada yang diluluskan dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) setiap tahun, kita akan dapat RM100 juta (setahun) untuk tanah itu. "Kita juga ada pelaburan datang, macam mana kita nak imbangi kehilangan kita dengan permintaan terhadap tanah untuk aktiviti selain padi, jadi kita minta RM200 juta (setahun)," ujarnya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, hari ini. Jelas beliau, perbezaan yang ketara antara cukai tanah sawah padi dan tanah industri sebanyak RM1,000 per hektar berbanding hanya RM15 per hektar. "Kita lepaskan RM1000 untuk kawasan itu untuk tanam padi dan hanya terima RM15," katanya. Dalam perkembangan yang sama, Sanusi berkata hasil pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu terdapat beberapa pemohonan telah diluluskan. "Perdana Menteri telah meluluskan pembangunan infrastruktur di kampung tersusun sebanyak RM78 juta yang kita mohon hari tu. "Kedua ialah kelulusan penutupan saliran air bawah tanah 'discas' untuk Taman Angsana, Taman Selasih di Kulim sebanyak RM45 juta akan dilaksanakan oleh JPS" katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #menteribesarkedah -UPDA 5/15/2024, 9:02:33 PM 

Tiada ulasan