Header Ads

test

RM200,000 DILULUSKAN BINA DUA PAWE BAHARU







Dua buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) baharu akan ditubuhkan pada tahun ini iaitu PAWE Masjid Aman dan PAWE Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPI) dan sebanyak RM200,000 telah diluluskan bagi penubuhan PAWE tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pemantapan Pengurusan Kewangan, Pentadbiran dan Inspektorat PAWE Negeri Kedah di Hotel Grand Continental Mukim Kuah, Langkawi.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan juga sebagai penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa dan penyelia PAWE dalam melaksanakan pengurusan PAWE Negeri Kedah.

Katanya pada tahun ini, penambahan peruntukkan sebanyak RM50,000 diluluskan kepada setiap PAWE diseluruh negeri Kedah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM650,000 telah disalurkan kepada PAWE bagi mendepani cabaran bagi menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila populasi warga emas di negara ini mencapai 15 peratus daripada keseluruhan populasi penduduk.

Program-program berkaitan warga emas banyak digerakkan dengan penglibatan komuniti setempat dan kerjasama pelbagai agensi kerajaan  dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.

Dengan adanya program sebegini, ianya dapat memberi ruang dan peluang kepada warga emas yang masih aktif dan produktif untuk terus berada dalam komuniti dan mereka boleh terus menyumbang pengalaman dan pengetahuan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan