Header Ads

test

SOKONGAN RAKYAT REALISASIKAN THE GREATER KEDAH SHAH ALAM - Kedah akan mencapai The Greater Kedah apabila rakyatnya bersatu padu...


SOKONGAN RAKYAT REALISASIKAN THE GREATER KEDAH SHAH ALAM - Kedah akan mencapai The Greater Kedah apabila rakyatnya bersatu padu. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Muhammad Sanusi Md Nor yakin hasrat itu dapat direalisasikan dengan sokongan semua rakyat Kedah. "Saya yakin dengan sokongan anak-anak kita di Kedah atau yang berada di Lembah Kelang ini atau di mana-mana di seluruh dunia, kita akan bangkit semula sebagai The Greater Kedah. "Kita mengajak semua orang bersatu padu, datang la apa sahaja latar belakang kalian, pemikiran politik kalian demi negeri Kedah yang kita cintai ini, marilah bersama-sama kami untuk bangunkan tanah kita ini," Beliau berucap ketika di Majlis Aidilfitri Anak Kedah di Perantauan di Dewan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam semalam. Tambah Sanusi, para pemimpin mesti memulakan amalan mulia dan berintegriti untuk diteladani oleh rakyat. "Fikiran yang baik diterjemahkan dengan amalan yang mulia dan berintegriti, perlu dimulakan oleh pemimpin dan diteladani oleh rakyat. "Saya tidak akan bersikap berputus asa, kita bukan bangsa yang mudah koyak," katanya lagi. Dalam majlis yang sama, beliau turut merasmikan badan bukan kerajaan (NGO) Himpunan Anak Kedah Darul Aman Di Perantauan, atau singkatannya HANDAL. Jelas beliau, NGO itu bertujuan untuk mengumpul anak-anak rantau negeri itu dalam hubungan sesama mereka dan negeri Kedah. "Misi NGO ini adalah mengumpul anak-anak Kedah di perantuan bersama dengan kerajaan negeri untuk membantu memajukan negeri kita," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #aidilfitri2024 #thegreaterkedah -UPDA 5/2/2024, 2:43:13 PM 

Tiada ulasan