Header Ads

test




 Baru-baru ini telah berlangsung program dialog dan ramah mesra Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Dato' Haji Mohd Yusri Haji Md Daud  bersama penduduk kampung di Surau Dairatul Islah Kampung Alor Senjaya. 

ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak berkata, pertemuan ini memberi manfaat yang banyak kepada penduduk bagi mendapatkan penjelasan tentang isu-isu berbangkit. 

Majlis yang dipengerusikan oleh Setiausaha MKK Alor Senjaya, Abdul Hadi Ismail ini dihadiri penduduk daripada Kampung Alor Senjaya, Titi Gajah dan Kampung Padang. 

Turut hadir, Ahli Majlis Zon 14, Shahrul Anuar Haron, Imam Masjid Tuan Husain, Ustaz Mohd Adib Omar, Wakil MBAS dan Wakil SW Corp. 

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan