Header Ads

test

 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mewakili YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) Bil 1/2024 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Hotel Movenpick & Pusat Konvensyen KLIA, Selangor.




Mesyuarat membincangkan serta meluluskan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP2030) yang bertujuan meningkatkan pembangunan industri halal lebih inklusif di bawah kerangka pembangunan sosioekonomi nasional.

Pelan terbabit menggariskan enam indikator sasaran merangkumi tujuh teras strategik dan 23 inisiatif sebagai asas panduan pelaksanaan bersepadu serta berkesan.

Majlis Pembangunan Industri Halal turut bersetuju menubuhkan pasukan petugas bagi mengkoordinasi serta mencari penyelesaian berhubung tahap guna pakai 14 Taman Perindustrian Halal Malaysia di seluruh negara. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan