Header Ads

test

Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Padang Terap dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyampaikan taklimat kepada Pengerusi da...


Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Padang Terap dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyampaikan taklimat kepada Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) seluruh Daerah Padang Terap di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Padang Terap. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menganjurkan taklimat tersebut untuk memberikan pencerahan kepada Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) seluruh Daerah Padang Terap berkenaan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) daripada Kerajaan Negeri Kedah dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, turut diadakan taklimat berkaitan bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) termasuklah Skim Pendidikan dan Skim Bina Rumah seperti Skim Agihan Bina Rumah LZNK & BIMB. Diharapkan dengan pencerahan ini, Pengerusi dan Setiausaha MKK dapat menyebarluaskan maklumat tersebut kepada masyarakat setempat, membantu mereka yang memerlukan dan memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih berkesan. Taklimat tersebut turut dihadiri oleh beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Puan Aniza, Encik Ridzuan, Puan Suzana; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi LZNK, Dr. Hj Mohd Faisal Hj Mustaffa; Ketua Pegawai Agihan LZNK, En Mohamad Suraidi Saad; Ketua Pegawai Agihan LZNK, En Yusuf Ahmad dan Pegawai Zakat Daerah Padang Terap, Ustaz Faizal Ahmad Radzi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/9/2024, 2:30:39 PM 

Tiada ulasan