Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan bagi mewakili YAB Dato' Seri Menteri Besar Negeri Kedah di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Jawatankuasa Khas ini bertanggungjawab memastikan langkah-langkah dan tindakan pengurusan dilaksanakan secara bersepadu bagi meningkatkan kualiti air sungai. Selain itu turut berfungsi sebagai platform perkongsian maklumat dan amalan terbaik yang berkaitan dengan usaha-usaha memperbaiki kualiti air sungai. Pencemaran sungai di Kedah berlaku di dua sungai berbanding Johor (9), Pulau Pinang (6), Sarawak (4), Selangor/Kuala Lumpur (3) dan Selangor (1). Kerajaan Negeri Kedah komited untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa tempatan untuk menangani pencemaran sungai melalui program Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan inisiatif lain. Kerajaan Negeri Kedah juga sedang mengambil langkah-langkah yang signifikan untuk mengurangkan dan mengurusnya dengan berkesan bersama-sama dengan kerjasama JAS dan pihak berkuasa tempatan. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri PETRA, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi Mohd Karl serta Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Air) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato' Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/9/2024, 2:00:57 PM 

Tiada ulasan