Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan bagi Projek Pembaikan Paip Dasar Laut yang menghubungkan Tanah Besar dengan Pulau Langkawi.
Projek Pembaikan Paip Dasar Laut ini adalah kritikal untuk memastikan bekalan air yang stabil dan mencukupi kepada penduduk serta sektor pelancongan di Langkawi.
Kerjasama yang erat antara agensi-agensi terlibat adalah penting untuk menyelesaikan projek ini dalam tempoh yang ditetapkan.
Projek Pembaikan Paip Dasar Laut sedia ada ini dijangka akan memberikan manfaat besar kepada penduduk Langkawi, memastikan ketersediaan bekalan air yang lebih baik dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat serta menyokong industri pelancongan yang merupakan nadi ekonomi Pulau Langkawi.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment