Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Sembang Santai Bersama Anak Muda di D'ra Tomyam Jalan Kuala Kedah.

Pertemuan itu melibatkan anak-anak muda sekitar Kampung Padang, Kampung Tengah dan Kampung Ulu Kuala Kedah. 

Dalam pertemuan tersebut, beliau berpeluang beramah mesra di samping mendengar sendiri harapan, pandangan serta keperluan anak-anak muda di kawasan Dun Kubang Rotan. 

Melalui sembang santai ini akan lebih mendekatkan pemimpin bersama masyarakat, anak-anak muda yang perlu didekati kerana mereka bakal pelapis serta penyambung warisan kepimpinan negara kelak.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan