Header Ads

test

KEDAH CASHLESS: PERCEPATKAN PROSES DIGITALISASI DI KEDAH




ALOR SETAR - Pelaksanaan kempen Kedah Cashless pada tahun 2023 telah membantu mempercepatkan proses digitalisasi negeri KEDAH dengan peningkatan 80 peratus ke atas kadar penembusan pembayaran digital selepas Selangor dan Pulau Pinang.

Menurut Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, kerajaan negeri komited untuk terus menggalakkan pembayaran secara tanpa tunai sekaligus mewujudkan masyarakat celik digital dalam peluasan penggunaan transaksi tanpa tunai. 

“Kita di KEDAH sendiri telah pun melaksanakan program-program Inisiatif Tanpa Tunai untuk kutipan hasil dengan iBayaq. 

“Malah, pelaksanaan kempen KEDAH Cashless di peringkat negeri telah mencapai prestasi lebih 80% dan pembayaran tanpa tunai melibatkan hampir semua jabatan dan agensi negeri,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Dengan Payment Networks Malaysia Sdn Bhd (Paynet) bertempat di Dewan Ukir Mall, hari ini.

Jelasnya, penganjuran kempen ini sangat bertepatan dan merupakan satu pendekatan mesra dan wajar bagi memberikan pendedahan dan mendidik usahawan PKNK di semua premis perniagaan PKNK mengenai pembayaran tanpa tunai (cashless).

Beliau  berharap penganjuran di peringkat PKNK yang akan berlangsung selama tempoh tujuh bulan bermula bulan Jun hingga Disember 2024 akan mencapai sasaran 1000 usahawan melaksanakan PKNK Cashless di semua premis perniagaan PKNK.

Katanya lagi, beliau difahamkan bahawa UTC Sungai Petani di bawah pengurusan PKNK akan menjadi UTC pertama di Malaysia yang melaksanakan Cashless sepenuhnya dalam melakukan transaksi tanpa tunai dalam kempen penganjuran ini.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan