Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin hadir menyempurnakan perasmian penutup Kursus Mesra Malaysia sempena Program "Mai Singgah Alor Setar 2024".

Kursus hasil inisiatif bersama MOTAC Negeri Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) itu merupakan usaha ke arah membentuk barisan hadapan (frontliner) di sektor pelancongan yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan terkini berkaitan industri berkenaan terutama tentang nilai-nilai hospitaliti dan penyampaian perkhidmatan kepada pelancong.

Inisiatif mengadakan kursus itu adalah tepat pada masanya, sejajar dengan persiapan Kerajaan Negeri Kedah untuk menganjurkan Tahun Melawat Kedah 2025. Syabas, tahniah dan terima kasih kepada MOTAC Negeri Kedah dan MBAS.

Sesungguhnya kejayaan Tahun Melawat Kedah 2025 memerlukan kerjasama erat, gabungan kreativiti dan komitmen semua pihak, daripada jabatan dan agensi kerajaan sehinggalah kepada pihak swasta, badan-badan sukarela dan orang perseorangan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan