Header Ads

test






 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin hadir ke Majlis Santai Pembukaan Pusat Hentian Lee Huat Garden di Lebuhraya Alor Setar-Bukit Kayu Hitam, Napoh.

Pusat Hentian Lee Huat Garden dilengkapi dengan kemudahan tempat rehat, pelbagai gerai makanan disamping surau dan tandas, sesuai hentian bagi pengguna lebuhraya.

Majlis disajikan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan seni warisan wayang kulit untuk tatapan tetamu yang hadir.

Beliau turut berpeluang melawat sekitar kawasan Lee Huat Garden yang menarik, terdapat tempat yang cantik untuk beriadah bersama keluarga.

Hadir bersama Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan ADUN Bukit Kayu Hitam, YB Dato' Hajah Halimaton Saadiah Saad merangkap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan