Header Ads

test

 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad menyampaikan sumbangan IBAKIPT DUN Bukit Kayu Hitam kepada empat orang pelajar yang terpilih melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan Diploma di Universiti tempatan dan Swasta.





Tahniah kepada adik Auni Nafisa Mohd Shahrin dari Kampung Padang Limau yang dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej Polly Tech Malaysia dan adik Norshahmimi Roslan dari kampung Paya Lantau Changlun yang dapat melanjutkan pelajaran ke Kolej Antarabangsa Inovatif.

Seterusnya adik Farhana Mohd Rizam dari Jalan Pauh Changlun yang dapat melanjutkan pelajaran ke UITM Merbok dan adik Mohd Alif Haqen dari Kampung Tebing yang dapat melanjutkan pelajaranya ke Polimas Jitra.

Mereka yang terpilih diwakili oleh waris masing-masing untuk menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Dengan pemberian sumbangan ini diharapkan mampu meringgankan bebanan pelajar membeli keperluan mereka untuk melanjutkan pelajaran.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan