Header Ads

test







 “Sebagai kepimpinan, kita wajib meletakkan kepentingan rakyat sebelum kepentingan individu kerana itulah pentingnya permuafakatan di antara satu sama lain. 

“Dalam hal lain kita boleh berlawan secara sihat namun dalam hal kepentingan masyarakat wajib kita bermuafakat.”

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata demikian dalam Program Sumbangan Beras Sejahtera kepada lebih 50 penerima daripada Kampung Merbok.

Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi MKK, Encik Rahhim;  Setiausaha MKK, Encik Firdaus serta pasukan kerana telah menguruskan program ini di Dewan Serbaguna Kampung Merbok.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan