Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI SERIUS LESTARIKAN ALAM SEKITAR


KERAJAAN NEGERI SERIUS LESTARIKAN ALAM SEKITAR KUALA MUDA - Kerajaan negeri memandang serius tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar bersama-sama masyarakat seluruh dunia. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, sejak tahun 2020 beliau mentadbir Kedah, kerajaan negeri sangat menyayangi hutan. "Saya maklum kepada pengarah hutan, dekat mana tak boleh buat tebangan jangan tebang, jangan ada kelulusan baru yang diberikan. "Jadi kalau ada kayu balak lalu tu bukan kelulusan baru, tapi kelulusan kerajaan terdahulu," ujar beliau ketika merasmikan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 di Dataran Tsunami Kampung Kepala Jalan di sini, hari ini. Katanya, kerajaan komited memelihara hutan khususnya di Ulu Muda untuk dijadikan kawasan tadahan yang akan membekalkan air dan oksigen. Tambahnya lagi, beliau turut memberi cadangan agar kawasan hutan yang telah diberi kelulusan ditukar ke tempat lain sebagai ganti sekiranya mengganggu ekosistem alam sekitar. Dengan adanya program sebegini, beliau berharap semua pihak dapat menyematkan azam bersungguh-sungguh untuk memberi segala keupayaan bagi menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar. Jelas Muhammad Sanusi, program ini turut mendapat kerjasama sebuah syarikat yang mengutip minyak terpakai digunakan untuk membuat minyak diesel. "Kerajaan sangat memberikan galakkan supaya sumber kita boleh diulang pakai agar alam sekitar lebih terpelihara," ujarnya dalam sidang media selepas merasmikan program. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #mbkedah -UPDA 6/2/2024, 3:29:29 PM 

Tiada ulasan