Header Ads

test





 Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah meluluskan dan membuat penyerahan sumbangan kepada beberapa persatuan dan kelab yang memohon peruntukkan sebelum ini. 

Pemberian ini merupakan tanda sokongan Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah untuk memeriahkan lagi aktiviti persatuan dan kelab serta meringankan bebanan Komuniti DUN Kuah. 

ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamud merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi & Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) DUN Kuah yang menjadi mata dan telinga dalam memberi maklumat dan membantu komuniti kampung.

Beliau mendoakan agar semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada penduduk Kuah khususnya. 

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan