Header Ads

test



Setiap manusia ada ujian masing-masing. Ada yang gigih bekerja, tiba-tiba ditimpa kemalangan dan hilang pekerjaan.

Pada setiap ujian ada pahala dan kasih sayang Allah kepada orang yang bersabar.

Azwari Ahmad yang tinggal di KM 15, Kota Sarang Semut hilang pekerjaan akibat terlibat dalam kemalangan tahun lepas.

Alhamdulillah baru-baru ini beliau telah selamat menjalani pembedahan sambung urat pada lutut.

Ujian yang menimpa beliau ini mendapat perhatian ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari. 

Pegawai Khas mewakili ADUN Pengkalan Kundor, Shahrul Fizi Ramli hadir menziarahi Azwari dan menyerahkan sumbangan tunai serta beg makanan kepada beliau.

Semoga sumbangan ini meringankan beban Azwari sekeluarga. 

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan