Header Ads

test





 Usai menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1445H di Masjid Zahir Alor Setar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin hadir ke Program Ibadah Korban Surau Al Amin bersama Komuniti Tok Pasai di Pekan Kuala Kedah.

Sebanyak 18 ekor lembu ditumbangkan dalam program tersebut, kemeriahan dirasai dengan penglibatan masyarakat setempat.

Turut bersama Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

Seterusnya, beliau turut meraikan ibadah korban yang dianjurkan oleh Surau Nurul Iman, Kampung Hilir Kubang Rotan. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan