Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mewakili YAB Menteri Besar Kedah menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) bilangan 1/2024 yang diadakan di Dewan Pesidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Antara kertas kerja yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah Hasil Kajian Pembangunan Plan Halal Tuju dan Plan Tindakan Nationally Determined Contribution (NDC Roadmap and Action Plan) serta Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (Long-Term Low Emissions Development Strategies atau LT-LEDS). Selain itu, mesyuarat turut membincangkan Cadangan Dasar Perubahan Iklim Negara. MTPIN merupakan platform tertinggi yang membincangkan serta menyelaras semua tindakan untuk menangani perubahan iklim di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mesyuarat ini penting untuk memastikan setiap langkah dan strategi yang diambil adalah selari dan efektif dalam usaha mengurangkan kesan perubahan iklim di Malaysia dan terutamanya di negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/19/2024, 2:01:02 PM 

Tiada ulasan