Header Ads

test






 Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Masjid Negeri Kedah Cawangan Daerah Yan (PPMK) Kali Ke-32 bertempat di Dewan Besar Masjid Al-Wustho Guar Chempedak.

 Setiap usaha untuk mengadakan aktiviti pengimarahan masjid dan menarik ahli kariah hadir mengimarahkan majlis ilmu pastinya mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

“Tanggungjawab untuk menjaga masjid dan ahli kariah bukan semua orang mahu, bahkan tidak semua mampu untuk melaksanakan tugas tersebut.

“Amanah yang besar untuk kita memastikan Institusi Masjid dan masyarakat terus memelihara dan memartabatkan Agama Islam,” ujarnya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan