Header Ads

test

RM 774 RIBU NAIK TARAF INFRASTRUKTUR DUN BUKIT LADA ( JPS )

Alhamdulillah, mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Pokok Sena baru-baru ini, kami dimaklumkan oleh pihak JPS beberapa kerja-kerja naik taraf di DUN Bukit Lada.

1- Kerja-kerja penyenggaraan jalan serta kerja-kerja berkaitan dengannya di Jalan Pertanian Kampung Mata Ayer ke Kampung Apil, Mukim Gajah Mati.

2- Kerja-kerja penyenggaraan jalan serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Pertanian Kampung Bukit Hijau, Mukim Derang.

3- Kerja-kerja penyenggaraan jalan serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Pertanian Kampung Pelanduk Jatuh ke Kampung Tok Keling & Jalan Pertanian Kampung Padang ke Kampung Tuba, Mukim Bukit Lada.

4- Kerja-kerja tebatan banjir di Kampung Bukit Larek, Mukim Gajah Mati.

5- Menaik taraf sistem pengairan & saliran pertanian luar skim di Kampung Padang Mukim Gajah Mati & Kampung Paya Mukim Bukit Lada.

6- Program Pemuliharaan Kerosakan akibat banjir di Sungai Lampam serta lain-lain kerja berkaitan, Mukim Lesong.

Semoga dengan naik taraf ini menjadi satu kegembiraan dan dapat memberi manfaat buat penduduk DUN Bukit Lada.

Kredit : Facebook Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz

Tiada ulasan