Header Ads

test

Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah merasmikan...


Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah merasmikan Program Kampung Siaga 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana bagi Kampung Paya Tok Teh, Mukim Malau, Jitra. Objektif program ini adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya seorang dalam ahli keluarga mempunyai pengetahuan dan dilatih mengenai bencana, kemalangan kecil atau hal kecemasan. Program Kampung Siaga 221 ini diadakan berdasarkan Dekad Platinium Pertahanan Awam 2022-2032 yang merupakan pelan rangka panjang bagi melahirkan penduduk kampung atau komuniti yang boleh berdikari dan berpengetahuan dalam menghadapi bencana atau hal-hal kecemasan. Beliau berasa bertuah kerana di Daerah Kubang Pasu, Kampung Paya Tok Teh, Mukim Malau adalah kampung pertama yang dijadikan Kampung Siaga 221 oleh APM Kubang Pasu dan menjadi daerah yang keempat dalam pelaksanaan kampung siaga ini. Turut hadir Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhamad Mahazi Haji Ibrahim; Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, Mejar Pertahanan Awam Muhammad Suhaimi Mohd Zain; Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapt. (Pa) Mohd Adenin Suhaimi; Penghulu Mukim Malau, En. Muhammad Akmal Ismail; MKK Kampung Paya Tok Teh, JPKKP, Para Pegawai dan Anggota APM Kubang Pasu serta seluruh penduduk kampung. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/9/2024, 4:01:02 PM 

Tiada ulasan