Header Ads

test






 “Kita perlu mengenang jasa nenek moyang yang bersusah payah mengusahakan bendang.

“Jangan kita mengambil ringan apa yang diwariskan untuk generasi seterusnya. Jaga warisan bendang ini sebaik mungkin.”

Demikian kata nasihat yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani  dalam Program Ramah Mesra Bersama Exco Pertanian bertempat di Kedai Pasembor Paksu Id, Tualang hari ini.

Tambahnya, antara usaha kerajaan negeri  untuk meningkatkan dan memartabatkan semula industri padi di negeri Kedah adalah mengadakan program jelajah daerah untuk memberi peluang kepada seluruh petani, pesawah dan penternak bertemu secara langsung dengan para pegawai untuk membincangkan masalah-masalah petani di kawasan setempat.

Beliau yakin dengan kehadiran para pegawai ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan para petani dan pesawah untuk meningkatkan ekonomi mereka.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan