Header Ads

test




Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Majlis Makan Malam dan Perasmian Kedah Tua Travel Mart 2024 di The Jerai Hotel, Sungai Petani.

Program ini berlangsung tiga hari yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan rakan strategik. 

Hal ini sebagai salah satu usaha untuk membawa pemain-pemain industri khususnya agensi-agensi pelancongan dari Thailand, Indonesia dan Malaysia (luar dari negeri Kedah) bagi melihat sendiri apa keistimewaan tempat-tempat menarik dalam daerah Kuala Muda dan Yan.

Seramai 33 orang dari Travel Agent Thailand, 32 orang dari Malaysia (luar Kedah) dan 19 orang dari Indonesia terlibat dalam 'famtrip' ini.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 

Tiada ulasan