Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Kewangan Wang Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman yang telah di pengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Seri Haji Norizan Khazali. Perbincangan lebih ke arah perjalanan Pembiayaan Pendidikan dalam lima bulan ke hadapan dan penambahbaikan yang perlu dibuat. Kerajaan negeri juga telah meluluskan Bantuan Biasiswa Kecil Pendidikan Tambahan pada tahun ini kepada 144 orang pelajar di Sekolah Menengah Agama Rakyat. Manakala Bantuan Biasiswa Kecil Pendidikan yang sedia ada hampir 700 orang pelajar yang telah menerima bantuan ini daripada kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah pada tahun-tahun yang lepas. Anggaran keseluruhan peruntukan yang telah dipersetujui mencecah lebih RM700 Ribu. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/5/2024, 11:30:20 AM 

Tiada ulasan